Thursday, December 15, 2011

Ombak Rindu

Actually, aku dah lama gila kot tak update blog ni. Habuk, semak, tahi cicak pun ada. Bukan setakat tahi cicak, tahi kelawar pun aku jumpa tadi. Cehh, padahal tiga minggu je kot =.= Over pulak kan aku. Meh lempang sikit owner blog serabai ni. Piang piang XD

Oke. Yang aku bebel² tadi bukan motif nak post entri ni. Motif aku, nak cerita pasal movie ombak rindu yang aku tengok sabtu lepas punya lepas. Kau tengok! Sabtu lepas punya lepas tengok, dah nak naik sabtu yang kedua baru nak update cerita ni. Nampak sangat aku ni pemalas. Ye mari kita 'boo' ramai² owner blog sengkek ni. Mesti pening kan sabtu lepas punya lepas tu bila? =='

Dipendekkan cerita, masa 30Nov tu memang penuh gila home facebook dengan status 'Ombak Rindu'. Yelah, mentang² esok dah keluar, harok puas² lah kan. Then, hari sabtu tu, 3Dis, menggedik lah aku nak tengok jugak. Tengok², punya lah feeling gilee. Boleh ternangis dekat situ pulak. Ha, kira oke lah beb aku tak melalak lalak. Menangis dengan melalak lain oke. Sweet, romantik. Wink wink. Lepastu tengok puss in the boot pulak. Not bad lah.

Disebabkan harokk Ombak Rindu, lagu blog pun lagu Ombak Rindu. Lepas ni nak beli novel Ombak Rindu pulak. And aku pun tak tahu macam mana boleh jatuh cinta dekat Aaron pulak. Haha. Cehh, marah bini dia. Masa tengok KL Gangster takde lah minat sangat. Bila tengok je Ombak Rindu, terus minat gilee weyh. Handsome ^^

Dan disebabkan tak puas tengok, tengok lagi. Kali kedua dengan kasmarissha. Wink wink. Ha, tengok kali kedua aku control sikit. Berlagak cool lah konon. Rasa sebak tu ada lah jugak.
Lepas je movie tu keluar, ramai yang letak lagu blog ost Ombak Rindu. Ye ternyata aku pun sebok jugak mengada letak ost Ombak Rindu dalam blog ni. Gedik kan? Oke, tu aku punya pasal lah kan.
Hai, saya comot. Awak comel :)


Cinta tak kejam, cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta
Redha itu ikhlas menerima. Pasrah itu berserah


p/s : lepas ni nak beli novel 'Ombak Rindu' lah lah :DD